Khamis, 29 November 2012

BACAAN BERGRED MODUL 4 - LINUS


Berikut merupakan modul kad bacaan bergred bergambar bagi perkataan KVKVK. Klik rajah untuk membesar.






















BACAAN BERGRED MODUL 3 - LINUS


Berikut merupakan modul Kad Bacaan Bergred bagi perkataan VKVK. Klik rajah untuk membesar.






















BACAAN BERGRED MODUL 2 - LINUS


Berikut merupakan modul Kad bacaan bergred untuk Perkataan KVK. Klik rajah untuk membesar.























BACAAN BERGRED MODUL 1 - LINUS


Berikut merupakan Modul Kad Bergambar untuk bacaan bergred. Klik rajah untuk membesar.

























Khamis, 15 November 2012

KISAH TELADAN KANAK-KANAK

Salam...
Berikut merupakan contoh-contoh video Kisah-Kisah Teladan Kanak-Kanak yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Video ini mampu merangsang minat murid dalam pembelajaran mereka.
SELAMAT MENCUBA!!













boleh dapatkan video-video ini daripada YOUTUBE.




RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
TAHUN 4 (KBSR)



1
Tahun
4 Alpha
2
Tarikh / Masa
09 Ogos 2012 / 10.10 pagi – 11.10 Tengahari
3
Bilangan murid
30 orang ( 19 perempuan, 11 lelaki )
4
Mata pelajaran
Bahasa Melayu
5
Tema
Yang Baik Jadikan Teladan
6
Tajuk
Monyet Yang Pintar
7
Fokus Utama
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 3
Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

8
Fokus Sampingan
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1
i) Membaca lancar bahan sastera dan
   bukan sastera dengan sebutan dan
   intonasi yang betul.

9
Objektif
Pada akhir pelajaran, murid dapat :
1.   Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan, intonasi yang betul, dan gaya pnyampaian yang menarik.
2.   Mempersembahkan cerita & menghuraikan sesuatu yang didengar dengan intonasi yang betul dan penghayatan yang sesuai.
3.   Menyatakan watak dan perwatakan dalam karya. 
10
Kemahiran bahasa




Mendengar ; teks yang dibaca oleh rakan    sekelas
Bertutur: Tanya – jawab secara bertatasusila
Membaca : Petikan teks cerita
Menulis : Menjawab soalan pemahaman dan melengkapkan soalan yang diberi berdasarkan teks yang dibaca
11
Sistem bahasa
Tatabahasa: Kata kerja
12
Pengisian kurikulum
Ilmu : Moral
Nilai murni : Kerjasama, hormat menghormati, keberanian dan kebijaksanaan.
i.      Kemahiran berfikir : menilai, mencirikan
ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi : Audio, pembesar suara
iii. Kemahiran belajar cara belajar : mendengar aktif
iv.   Kecerdasan pelbagai : muzik, verbal linguistik, interpersonal kinestetik
v.          Pembentukan Kontruktivisme
vi.       Pembentukan Kontekstual
13
Media
Audio bunyi-bunyi binatang, pembesar suara
14
Pengetahuan sedia ada
Murid mengetahui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian contohnya bekerjasama antara satu sama lain.







































































Langkah dan masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

1. Audio memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.
Contoh:
·      Monyet
·      Singa
·      Kambing
·      Arnab
·      Kijang
1.  Guru memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.
2.  Murid dikehendaki mendengar dengan teliti.
3.  Guru menyoal tentang jenis binatang yang menghasilkan bunyi tersebut.
Soalan:
a.    Apakah jenis binatang yang menghasilkan bunyi ini?
Memperdengar bunyi-bunyi binatang.

BBB
Bahan audio, pembesar suara

KP – Muzik, verbal-linguistik.
*Strategi berpusatkan bahan
Perkembangan
Langkah 1
Aktiviti Membaca
Petikan teks “Monyet Yang Pintar”
(Rujuk Lampiran 1)
1.  Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
2.  Guru mengedarkan teks “Monyet Yang Pintar” kepada setiap kumpulan.
3.  Guru memilih secara rawak daripada setiap kumpulan untuk membaca petikan teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.
4.  Murid-murid  yang lain dikehendaki untuk mendengar dan memahami teks yang disampaikan oleh rakan mereka. (Baca dalam hati).
5.  Kemudian guru membetulkan kesalahan (jika ada ) serta merta semasa murid membaca teks tersebut.
Kesalahan : sebutan, tanda baca.
Petikan teks cerita “ Monyet yang Pintar”
Bacaan mekanis
BCB-mendengar aktif
Murid lain diminta beri perhatian  terhadap kesalan sebutan

BBB:
Teks petikan

*Pendekatan Komunikatif
*Teknik bercerita

Langkah 2
Mempersembahkan cerita “Monyet yang Pintar”  dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

1.    Murid dikekalkan dalam kumpulan yang sama.
2.    Guru memberikan contoh persembahan cerita dengan mengunakan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
3.    Setiap kumpulan diberikan watak yang berbeza bagi melakonkan cerita “Monyet Yang Pintar” di hadapan kelas.
4.    Murid diberikan teks dialog (Rujuk Lampiran 2)bagi setiap watak.
5.    Murid dikehendaki mengajuk dan menghafaz dialog berdasarkan watak yang diberi.
6.    Murid dikehendaki memilih salah seorang daripada mereka untuk melakonkan watak yang telah diberikan.
7.    Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan dijalankan.
8.    Murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.
9.    Guru memberi tunjuk ajar kepada setiap lakonan yang dipersembahkan.
BBB
Kad watak berlidi, teks dialog.

KP:
Verbal-linguistik

*Kaedah ajuk hafaz
*Teknik drama-main peranan

Langkah 3

Watak & Perwatakan:
·      Singa – Ganas, kejam
·       Monyet – Berani
·      Kijang–Penyayang
·      Kambing tua – Baik hati.
·      Arnab-ingin tahu

1.    Murid masih dikekalkan dalam kumpulan yang sama.
2.    Guru menyediakan satu kotak ajaib yang mengandungi watak-watak dalam cerita “Monyet Yang Pintar”.
3.    Murid dari setiap kumpulan dikehendaki mencabut salah satu watak dan menggayakannya di hadapan kelas tanpa bersuara.
4.    Kumpulan yang memerhatikan perlu meneka watak yang digayakan serta memberikan perwatakan watak tersebut dalam cerita “Monyet Yang Pintar”.
5.    Guru bertanyakan tentang watak yang menjadi pilihan mereka dan mengapa mereka memilihnya?
BBB:
Kotak ajaib

KP:
Kinestetik, intrapersonal, logik
*Teknik drama-simulasi

Pentaksiran
Soalan pemahaman
(Rujuk Lampiran 3)
1.    Murid membaca soalan pemahaman tersebut dan memahami kehendak soalan.
2.    Murid mencari dan menyemak semula petikan cerita “Monyet Yang Pintar”
3.    Murid menulis jawapan di ruangan yang disediakan.
BBB:
Lembaran kerja
KP:
Menjana idea

Pemulihan
Aktiviti Membaca
Petikan teks “Monyet Yang Pintar”
1.     Guru memperbetulkan sebutan serta intonasi yang kurang sesuai digunakan oleh murid.
BBB:
Petikan Teks “Monyet Yang Pintar”
Pengayaan
Mempersembahkan cerita “Monyet yang Pintar”  dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
1.     Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan dijalankan.
2.     Murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.

BBB
Kad watak berlidi, teks dialog.

KP:
Verbal-linguistik

Penutup
Rumusan pembelajaran
1.    Guru berbincang dengan murid berkaitan dengan isi pelajaran hari ini.
2.    Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari ini.
Murid memberi respon tentang pengajaran dan pembelajaran hari ini.





LAMPIRAN 1



MONYET YANG PINTAR
Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu.
       "Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi," kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya.
        Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh.
       "Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari." Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.
        Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah.
        "Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kitamenjadi mangsa seterusnya."
        "Tapi bagaimana, kijang?" sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi.
        "Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama," kata monyet dengan berapi-api.
        Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu.
        "Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?" herdik singa.
"Ma... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja," sembah monyet pura-pura ketakutan.
       "Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!" kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet.
        Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, "Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku," Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya.
        Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.




LAMPIRAN 2


Nama: _______________________  
Tarikh: _______________

Jawab semua soalan yang diberikan berdasarkan teks petikan “Monyet Yang Pintar” yang telah anda baca.

1.    Berapakah jenis binatang yang terlibat dalam cerita ini?

______________________________________________________________

2.    Kedatangan siapakah yang membuatkan binatan-binatang kecil tidak puas hati?

______________________________________________________________

3.    Apakah sikap singa yang membuatkan binatang lain mahu menghapuskannya?

______________________________________________________________

4.    Siapakah yang pandai memperdayakan singa?

______________________________________________________________

5.    Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada cerita ini?

__________________________________________________________