RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
TAHUN 4 (KBSR)
1
|
Tahun
|
4
Alpha
|
2
|
Tarikh
/ Masa
|
09
Ogos 2012 / 10.10 pagi – 11.10 Tengahari
|
3
|
Bilangan
murid
|
30
orang ( 19 perempuan, 11 lelaki )
|
4
|
Mata
pelajaran
|
Bahasa
Melayu
|
5
|
Tema
|
Yang
Baik Jadikan Teladan
|
6
|
Tajuk
|
Monyet
Yang Pintar
|
7
|
Fokus
Utama
|
2.1
Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik
dan jelas.
Aras
3
Mempersembahkan
cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
|
8
|
Fokus
Sampingan
|
5.2
Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.
Aras 1
i) Membaca lancar bahan sastera dan
bukan sastera
dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
|
9
|
Objektif
|
Pada
akhir pelajaran, murid dapat :
1. Membaca
lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan, intonasi yang betul, dan gaya
pnyampaian yang menarik.
2. Mempersembahkan
cerita & menghuraikan sesuatu yang didengar dengan intonasi yang betul
dan penghayatan yang sesuai.
3. Menyatakan
watak dan perwatakan dalam karya.
|
10
|
Kemahiran
bahasa
|
Mendengar
; teks yang dibaca oleh rakan
sekelas
Bertutur:
Tanya – jawab secara bertatasusila
Membaca
: Petikan teks cerita
Menulis
: Menjawab soalan pemahaman dan melengkapkan soalan yang diberi berdasarkan
teks yang dibaca
|
11
|
Sistem
bahasa
|
Tatabahasa:
Kata kerja
|
12
|
Pengisian
kurikulum
|
Ilmu
: Moral
Nilai
murni : Kerjasama, hormat menghormati, keberanian dan kebijaksanaan.
i. Kemahiran berfikir :
menilai, mencirikan
ii. Kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi : Audio, pembesar suara
iii. Kemahiran belajar cara
belajar : mendengar aktif
iv. Kecerdasan pelbagai :
muzik, verbal linguistik, interpersonal kinestetik
v. Pembentukan Kontruktivisme
vi. Pembentukan Kontekstual
|
13
|
Media
|
Audio
bunyi-bunyi binatang, pembesar suara
|
14
|
Pengetahuan
sedia ada
|
Murid
mengetahui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian contohnya bekerjasama
antara satu sama lain.
|
Langkah dan masa
|
Isi kandungan
|
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
(5
minit)
|
1.
Audio memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.
Contoh:
·
Monyet
·
Singa
·
Kambing
·
Arnab
·
Kijang
|
1. Guru
memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.
2. Murid
dikehendaki mendengar dengan teliti.
3. Guru
menyoal tentang jenis binatang yang menghasilkan bunyi tersebut.
Soalan:
a. Apakah
jenis binatang yang menghasilkan bunyi ini?
|
Memperdengar
bunyi-bunyi binatang.
BBB
Bahan
audio, pembesar suara
KP
– Muzik, verbal-linguistik.
*Strategi berpusatkan bahan
|
Perkembangan
Langkah
1
|
Aktiviti
Membaca
Petikan
teks “Monyet Yang Pintar”
(Rujuk
Lampiran 1)
|
1. Murid
dibahagikan kepada lima kumpulan.
2. Guru
mengedarkan teks “Monyet Yang Pintar” kepada setiap kumpulan.
3. Guru
memilih secara rawak daripada setiap kumpulan untuk membaca petikan teks
dengan intonasi dan sebutan yang betul.
4. Murid-murid yang lain dikehendaki untuk mendengar dan
memahami teks yang disampaikan oleh rakan mereka. (Baca dalam hati).
5. Kemudian
guru membetulkan kesalahan (jika ada ) serta merta semasa murid membaca teks
tersebut.
Kesalahan
: sebutan, tanda baca.
|
Petikan
teks cerita “ Monyet yang Pintar”
Bacaan
mekanis
BCB-mendengar
aktif
Murid
lain diminta beri perhatian terhadap
kesalan sebutan
BBB:
Teks
petikan
*Pendekatan Komunikatif
*Teknik bercerita
|
Langkah
2
|
Mempersembahkan
cerita “Monyet yang Pintar” dengan
sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
|
1.
Murid dikekalkan dalam kumpulan yang sama.
2.
Guru memberikan contoh persembahan cerita
dengan mengunakan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
3.
Setiap kumpulan diberikan watak yang berbeza
bagi melakonkan cerita “Monyet Yang Pintar” di hadapan kelas.
4.
Murid diberikan teks dialog (Rujuk Lampiran
2)bagi setiap watak.
5.
Murid dikehendaki mengajuk dan menghafaz
dialog berdasarkan watak yang diberi.
6.
Murid dikehendaki memilih salah seorang daripada
mereka untuk melakonkan watak yang telah diberikan.
7.
Murid berbincang dalam kumpulan tentang
aktiviti lakonan yang akan dijalankan.
8.
Murid mempersembahkan lakonan di hadapan
kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.
9.
Guru memberi tunjuk ajar kepada setiap
lakonan yang dipersembahkan.
|
BBB
Kad
watak berlidi, teks dialog.
KP:
Verbal-linguistik
*Kaedah ajuk hafaz
*Teknik drama-main peranan
|
Langkah
3
|
Watak
& Perwatakan:
·
Singa – Ganas,
kejam
·
Monyet – Berani
·
Kijang–Penyayang
·
Kambing tua –
Baik hati.
·
Arnab-ingin
tahu
|
1.
Murid masih dikekalkan dalam kumpulan yang sama.
2.
Guru menyediakan satu kotak ajaib yang mengandungi watak-watak dalam
cerita “Monyet Yang Pintar”.
3.
Murid dari setiap kumpulan dikehendaki mencabut salah satu watak dan
menggayakannya di hadapan kelas tanpa bersuara.
4.
Kumpulan yang memerhatikan perlu meneka watak yang digayakan serta
memberikan perwatakan watak tersebut dalam cerita “Monyet Yang Pintar”.
5.
Guru bertanyakan tentang watak yang menjadi pilihan mereka dan mengapa
mereka memilihnya?
|
BBB:
Kotak
ajaib
KP:
Kinestetik,
intrapersonal, logik
*Teknik drama-simulasi
|
Pentaksiran
|
Soalan
pemahaman
(Rujuk
Lampiran 3)
|
1. Murid
membaca soalan pemahaman tersebut dan memahami kehendak soalan.
2. Murid
mencari dan menyemak semula petikan cerita “Monyet Yang Pintar”
3. Murid
menulis jawapan di ruangan yang disediakan.
|
BBB:
Lembaran
kerja
KP:
Menjana
idea
|
Pemulihan
|
Aktiviti
Membaca
Petikan
teks “Monyet Yang Pintar”
|
1. Guru
memperbetulkan sebutan serta intonasi yang kurang sesuai digunakan oleh
murid.
|
BBB:
Petikan
Teks “Monyet Yang Pintar”
|
Pengayaan
|
Mempersembahkan
cerita “Monyet yang Pintar” dengan
sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
|
1. Murid berbincang
dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan dijalankan.
2. Murid
mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang
betul serta penuh dengan penghayatan.
|
BBB
Kad
watak berlidi, teks dialog.
KP:
Verbal-linguistik
|
Penutup
|
Rumusan
pembelajaran
|
1.
Guru berbincang dengan murid berkaitan
dengan isi pelajaran hari ini.
2.
Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari
ini.
|
Murid
memberi respon tentang pengajaran dan pembelajaran hari ini.
|
LAMPIRAN 1
MONYET
YANG PINTAR
Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang
hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. singa itu mengaku dirinya raja
walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas.
Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu,
binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu.
"Biar saya yang pergi
berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap
haiwan di hutan ini lagi," kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia
sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya.
Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh.
"Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari." Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.
Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah.
"Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kitamenjadi mangsa seterusnya."
"Tapi bagaimana, kijang?" sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi.
"Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama," kata monyet dengan berapi-api.
Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu.
"Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?" herdik singa.
"Ma... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja," sembah monyet pura-pura ketakutan.
"Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!" kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet.
Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, "Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku," Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya.
Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.

LAMPIRAN 2
Nama: _______________________
Tarikh: _______________
Jawab semua soalan yang diberikan berdasarkan teks petikan
“Monyet Yang Pintar” yang telah anda baca.
1. Berapakah
jenis binatang yang terlibat dalam cerita ini?
______________________________________________________________
2. Kedatangan
siapakah yang membuatkan binatan-binatang kecil tidak puas hati?
______________________________________________________________
3. Apakah
sikap singa yang membuatkan binatang lain mahu menghapuskannya?
______________________________________________________________
4. Siapakah
yang pandai memperdayakan singa?
______________________________________________________________
5. Apakah
pengajaran yang anda peroleh daripada cerita ini?
RPH yang sangat baik.
BalasPadamRPH yang sangat baik.
BalasPadamSebagai salah seorang bekas anak muridnya, saya merindui Cikgu Nurulhuda. Semoga beliau terus berjaya.
BalasPadam